panaaaaaaaaaaasss!!

October 7th, 2007 by silverose

Tak serik-serik pompuan yang seorang ni. Bulan Ramadan pun buat perangai juga. Mulut ‘tak ada insurans’ dia memang sudah tak boleh dikawal lagi dah.

Terbaru ia mercerita buruk, fitnah teman sendiri (isk2)

Yang jadi mangsa teman dia juga, yang banyak menabur jasa kepada dirinya. Selidik punya selidik, rupa-rupanya dia yang salah paham.

Bukan kepada seorang tetapi pada semua dia bercerita buruk tentang kawan dia tu. Kalau betul tak apa juga, tetapi banyak yang hanya direka-reka untuk menyedapkan ceritanya. Biar nampak dia baik, orang jahat.

Sebenarnya Joyah tahu perangai dia ini sudah lama. Dia memang suka jaja cerita orang, burukkan orang lain dengan sesuka hati, sesedap rasa.

Patutlah sebelum ini dia sudah ada masalah dengan beberapa kawan lain. Jadi musuh dengan tiba-tiba walaupun dulu baik. Rupa-rupanya dia memang suka ‘pekena’ kawan baik sendiri. Tak mengenang budi langsung si minah ni.

Sebenarnya kawan-kawan Joyah dah tak kuasa nak layan dia. Banyak yang bagi tahu Joyah. Tak tahulah perangai dia bila hendak berubah. Harap-harap macam yang didoakan oleh banyak kawan-kawan Joyah, biarlah si minah ini mendapat hidayah pada bulan mulia ini. Berilah dia cahaya keinsafan pada hari baik bulan baik ini.

Sudah-sudahlah buat perangai buruk, awak tu sudah tua. Buatkan kerja berfaedah dan membina nama baik sendiri. Masa belum terlambat untuk anda insafkan diri.

Komen dari saya:-

bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan hati..diri..so..malu la kalo benda2 ni berlaku..

1stly, as a muslim..kita jgn la buruk sangka kat muslim lain mcm si artis yg x mengenang budi nie..

n remember

KARMA!

happy puasa all..! :)

-diambil dari article utusan JOYAH SPOT-

Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

April 7th, 2007 by silverose

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh
kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau
tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab
ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam
muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun
sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi
Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya
dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang

MEGEMBIRAKAN ( bukan menyedihkan ) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah
ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum
muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah
swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam…

C.I.N.T.A

February 14th, 2007 by silverose

Bukanlah hak saya untuk mempertikaikan pendapat sesiapa pun, tapi sebagai manusia yang normal saya rasa ramai di kalangan sahabat yang belum pernah jatuh cinta akan mengatakan bahawa cintailah Allah swt dan cinta yang sebenar adalah cinta selepas nikah serta jodoh di tangan Allah. saya tak nafikan pendangan itu. Memang amat tepat pendapat itu. Tapi saya merasakan itu hanyalah kata-kata mereka yang belum diuji Allah dengan cinta. Bila mana anda berhadapan dengan ujian ini, barulah anda akan sedar hebatnya Allah swt menduga hati dan iman. saya sendiri tak pernah membayangkan diri saya akan diuji sebegini, tapi inilah hakikat yang harus saya hadapi dalam hidup saya.

Ramai yang akan berkata "boleh dielakkan sejak mula"… memang betul boleh dielakkan sejak mula… tapi tahukah kalian betapa hebatnya penangan cinta itu? Hanya yang pernah lalui saja yang faham perkara ini. Bukan maksud saya kita pasrah saja pada apa yang datang, tapi fahamilah apa yang kami lalui sebelum nak beri komen apa-apa. Kerna bila anda komen tanpa memahami apa yang kami telah hadapi, ibaratnya seperti tin yang kosong, bunyinya kuat tak berisi…

suka saya nak nyatakan..
dalam hidup ini sentiasa ada keterbalikan…
sentiasa ada pro and contra…
sentiasa ada sesuatu yang terpaksa kita membayarnya…
sesuatu yang didatangkan oleh Allah..
jika tak berfungsi sebagai ujian..
itu mungkin musibah…
yang pada asasnya hanya untuk satu tujuan…
iaitu untuk menyedarkan kita..
untuk kita buat turning point kita…
di mana kita patut letak cinta..
bila cinta kepada allah dah kukuh tersemai..
cinta kepada manusia akan datang..
dengan cara yang lebih elok..
lebih selamat dan tertib..
pada masa ini saya yakin..
tidak akan ada kegusaran atau rasa tak tenang dalam jiwa..
sebab saluran kita betul…
yang menjadikan jiwa tak tenteram..
ialah bila kita mengutamakan cinta makhluk allah..
dan meletakkan cinta allah pada tempat selepasnya…
di sinilah harga yang terlalu mahal harus kita bayar..
musibah jiwa tak tenang,sentiasa rasa berdosa dan macam-macam lagi..
akhirnya jalan yang terbaik..
ialah perpisahan walau perasaan tu tetap ada…
cinta itu suatu perasaan yang suci..
semua orang akan mengalaminya bila tiba saat yang allah janjikan..
cinta datang dari allah..
dan bila-bila masa sahaja cinta itu boleh ditarik kembali..

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap
Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta
nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi
Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf
hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf
masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu
cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha
menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik
menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana
banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis
dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah
belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah
mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah
Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan
kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya,
bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada
Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat
dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga
terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf
yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu
Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir
hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju
Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah
menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu
dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.
Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak
cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu
di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

why me?

December 11th, 2006 by silverose

WHY ME??

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan
jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah- daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

kekeliruan tentang fadhilat terawih..

September 26th, 2006 by silverose

Assalamualaikum…
Setiap kali masuk jer bulan puasa, ada jer org forward pasal hadis ni:

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih. Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih
hidup atau mati).
Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.

=============================
Ulasan Berkenaan Fadhilat Terawih
=============================
Syeikh al-Qaradhawi dlm membicarakan (Kaifa nata’amul ma’a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 perkara yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:

Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)
Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith
Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur’an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi’e yang mulia telah berpesan," Izaa Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam- malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi tahap pertama: Tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):  Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa’iy dan Sunan Ibn Majah.

Manakala ia tidak menepati tahap kedua, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi’ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba’iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).


Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah dalil2 ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat di Neraka."

Nak yg macam maner nie???

September 23rd, 2006 by silverose

sememangnya fitrah lelaki menyukai ,mencintai perempuan..dan sebaik2 wanita ialah wanita solehah iaitu wanita yang taat pada agamanya..

Lebih up to date dan kalau kita tanya kepada lelaki dan wanita, u all nak lelaki/wanita yang bagaimana??…….MESTI majoriti akan jawab nakkan lelaki/wanita yang beriman,jawab,berakhlak mulia…..
confirm punyalah jawapan2 seperti ini yang mereka akan beri……..

bersemangat betul nakkan yang soleh/solehah…..tak pandang harta, paras rupa……memang bagus semangat yang macam ini…..

tapi,yang peliknya, Kenapa mereka ini bercouple erk?????

itu yang menjadi kebingungan sampai di saat ini…..nak lelaki/wanita beriman,tapi majority yang bercakap macam tu,bercouple lah pulak????

Apakah pasangan yang bercouple ini boleh dikategorikan sebagai org beriman???

Adakah org lelaki beriman meng’approach’ seorang wanita dengan menyatakan mahu berkenalan dengannya,berkawan dengannya dan meminta no hp,alamat emailnya…..
Inikah lelaki yang beriman itu tadi……????

So, kita keliru dan bingung definisi beriman yang

cuba diberikan…mereka mengharapkan lelaki/wanita beriman yang macam mana ini????
adakah lelaki yang menyatakan ingin berkenalan dengan wanita yang bukan muhrimnya itu lelaki beriman yang dimaksudkan???
Adakah wanita yang menyatakan kesudiannya untuk berkawan dengan lelaki yang bukan muhrimnya itu,dan menerima call-call,sms-sms lelaki itu dengan senang hati…ITU yang dimaksudkan dengan wanita beriman??????
(harus sy nyatakan disini bkn salah nk berkawan,sms,call2,tp biarlah berpada2..jgn smp melalaikan diri =) )

Tak fahamlah dengan apa yang mereka nak sebenarnya!

mereka nak wanita yang beriman,tapi sesuaka hati saja nak berkenalan rapat dengan wanita yang bukan muhrimnya….mereka nak lelaki yang beriman, tapi sesuaka hati saja menerima pelawaan lelaki bukan muhrimnya itu???

So,tolong bagi tau balik ,sebenarnya kita nak lelaki/wanita macam mana ini???
Betul ke kita nak laki/wanita beriman???

bermaksiat pada Allah dikatakan beriman ????

kan dah tahu bercouple adalah salah satu perkara yang mendekati zina, dan Allah larang kita mendekati zina!

Tolong jangan sekadar cakap nak lelaki/wanita beriman,soleh/solehah, tapi…………..

-sendiri juga penah lalai n leka…tp masih ader ruang tok perbaiki diri, selagi jantung berdengup selagi itulah ader masa tok nk berubah..kalo ader yg nampak sy terlalai n terleka..bantulah.. =)-

jangan lepas bace post nie,sahabat2 sekalian takut nk msg atau call sy..ni sbg peringatan,bak kata jepa..ader certain sahabat kita yg kadang2 terhanyut dlm dunia cinta mereka..

dan jika sy pon ditakdirkan terleka (nauzubillah) jgn pula kata ‘didie ni pandai ckppp jer,tp dier sendiri mcm tu’…amik yg baik dr blog ini..dan ingat2kan lah sy…sesesungguhnya itu yg terbaik… =)

Aku Dari Jemaah Yang Mana… (by Ibn Mukhtar)

July 30th, 2006 by silverose

aku dari jemaah yang mana?
"kau dari jemaah yang mana?"

aku dari jemaah yang mana?

"jika kau bukan dari mana-mana jemaah kau tidak berdakwah"

"jika kau bukan dari mana-mana jemaah kau tidak berjuang"

dengarkanlah jawapan ini wahai saudara

jemaahku jemaahmu

kita pegang pada tali yang satu

tali Allah bersatu padu membina ukhuwwah berteras akidah yang satu

aku menyanjung pemikiran Imam As Syafie

sifat dan ketabahannya mencari ilmu

hujjahnya menimbang situasi untuk menilai hukum yang tertentu

aku mengkagumi kekentalan jiwa Imam Al Ghazali

mencari redha Ilahi dalam beramal sehari-hari

hujjahnya menimbang kualiti amalan untuk persembah kepada Tuhan

aku ingin mencontohi hikmahnya Hassan Al Banna

berdakwah tanpa rasa jemu atau payah

tiada rasa malu demi membina kesatuan hati ikhwanul muslimin

aku ingin berjuang laksana Salahuddin Al ayyubi

keberaniannya hingga musuh menjadi gerun

namun hatinya tunduk penuh kehambaan di depan Tuhan

dan aku amat mencintai Rasululllah s.a.w

aku rindukan didikan baginda

aku mahu tergolong dalam golongan baginda

aku ingin bernaung dalam jemaah baginda

inilah jemaahku

pemimpinku rasulullah

guru-guruku para sahabat baginda

inilah jemaahku

tiada borang pendaftaran untuk memasuki jemaah ini

cukup syarat keyakinan penuh pada dua kalimah shahadah

inilah jemaahku

hidupku dalam jemaah ini perlu berkasih sayang sesama saudara

inilah jemaahku

menggunakan seluruh nikmat Allah demi memunculkan kekuatan umat

inilah jemaahku

tidak harap pada pangkat dan harta

perempuan mahupun kuasa

taat pada Allah dan taat pada Rasulullah

mengamankan dunia kerana setiap ahli jemaah adalah khalifah

memperbaiki kerosakan akibat tangan manusia durjana

yang lapar akan berisi

yang sakit akan diubati

yang merempat dapat berteduh

yang sesat kembali ke pangkal jalan

yang lalai segera beringat

yang lemah dibantu

yang sedih digembirakan

inilah jemaahku

aku menganggap seluruh saudaraku yang mengesakan Allah

yang taat akan rasulullah

adalah ahli jemaah ini jua

kerana itu aku merasakan jemaahku besar dan luas

untuk menunaikan tanggungjawab aku pada jemaah

aku berusaha menggunakan segala nikmat Allah

ini perjuanganku

mencari hikmah dalam berdakwah

mencari redha Allah dalam berjuang

dan inilah jemaahku

…ISLAM

(14 januari 2006 -Ibn Mukhtar)

Backin Fellow Muslims

July 24th, 2006 by silverose

Name of Questioner

Basel   - Palestine

Title

Backing Fellow Muslims

Question

Dear scholars, as-Salamu `alaykum. What is Islam’s stance on Muslims who are aware of their fellow Muslims’ agony everywhere, but they don’t react positively? Jazakum Allah khayran.

Date

19/Jul/2006

Name of Mufti

`Abdul-Fattah `Ashoor

Topic

Jihad: Rulings & Regulations

 

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother Basel, thank you very much for having confidence in us, and we implore Allah, from the depth of our hearts, to guide Muslims to support one another in order to rescue the Muslim Ummah from the eminent danger encroaching it everywhere.

As for your question, it is the duty of every Muslim to back and support his fellow Muslims everywhere. Forms of support and backing differ according to each one’s circumstances and conditions.

In his response to the question you raised, Dr. `Abdul-Fattah `Ashoor, professor of the Exegesis of the Qur’an at Al-Azhar University, states the following:

According to a Prophetic Hadith “The Muslim is the brother of his fellow Muslim. So, he should never oppress him or hand him over (to his enemies) or forsake him (in times of difficulty)", it is incumbent upon a Muslim to support his fellow Muslims everywhere in compliance with the Prophet’s instruction that Muslims ought to act as one body, if one of its organs ache, the other organs share the pain with fever and insomnia.

It is not proper for a Muslim to show indifference to all forms of torture and persecution that befall his Muslim brethren in many parts of the world. Such passivity does not befit a true Muslim, whose main duty is to support and back his fellow Muslims who are in need of his help, for that is part of the articles of faith. Allah Almighty says: (And the believers, men and women, are protecting friends one of another; they enjoin the right and forbid the wrong, and they establish worship and they pay the poor-due, and they obey Allah and His messenger. As for these, Allah will have mercy on them. Lo! Allah is Mighty, Wise. ) (At-Tawbah 9: 71)

It is worth mentioning that supporting fellow Muslims is not necessary to be physical, by taking up arms against the enemy, for that may be somehow impractical sometimes, for many reasons. But it should be borne in mind that backing fellow Muslims can take a moral form, the least of which is to share their painful feelings, and implore Allah to grant them victory and alleviate their suffering.

Dreams…

July 24th, 2006 by silverose

Wat Do U Dream??

When you sit and just let your thoughts pour in from all directions, where do they take you? Is there always one thing in your life that you think and dream about; do you sit and imagine what it would be like? Our dreams may be beneficial or harmful, but they serve to tell us where we are in life.

Dreams usually take us back into the past or hurl us forward into the unknown future. But the dreams we dream tell us what we think is important and how far we wish we could go.

The question is, when is enough, enough? When should we stop dreaming and start living? When we dream, we are in control; we can choose the characters, the scenario, and the outcomes. We can be the hero and enjoy all the emotions that life doesn’t always deal out. What about life, though?

Often we feel locked into relationships and situations that have invisible bars. Oftentimes, life leaves us feeling powerless. When we dream, we imagine ways to escape and to change. Dreams can be very beneficial if we make them act as a catalyst of change. We can inspire ourselves and live our dreams. This does not necessarily mean that we can make all the characters and scenarios behave as they do in our dreams, because such things are not under our control. We can, however, translate the inspiration and motivation of dreams into real life.

Isn’t it strange that in our dreams we usually enjoy peace, strength, honor, and respect, and that we are loved and valued? All the things we ever want can be fulfilled in dreams. The transition between a dream and real life is when we take the enlightenment and motivation into everyday life and bolster it along with the flavor of dreams, knowing that things can be better and can change.

Mature thinking acknowledges that there is only total rest and peace in Paradise and that the nature of life, the journey we are all on, is one of hard work and striving. Allah tells us, "Verily, We have created man in toil" (Al-Balad 90:4).

Allah also created mankind with the ability to dream and rise above the mundane, often miserable, conditions of life and develop a vision of a better world; a better you.

Our dreams tell us about ourselves and guide us to know how to translate our work in life into success. A carpenter would likely dream of finely carved furniture and the tools of his trade. A fisherman would likely dream of a fine fishing boat and a place in the market where he could sell his fish. A young mother would likely dream of a moment’s peace; a time and place in which she can dream her dreams for herself and her young ones. Politicians dream of power, businessmen dream of money, prisoners dream of freedom, and young people usually dream of the future.

The tendency in dreams is usually to either step out of the present and revisit the past, turning sad scenarios into pleasant ones, or to move forward toward the future and become successful, loved, and appreciated.

Therein lies the dilemma. Dreams take us back in time or forward, whereas life happens now, at the present! In dreams, we lose the present as we dabble in the unseen of the future and the unchangeable past.

The challenge, then, is to put dreams into their proper place in life. To live in a dream-like fantasy state would be to cheat ourselves of the present. To deny ourselves the ability to dream would be to lose sight of the stars we are reaching for. We reveal ourselves, not just in what emanates from us, but in the things around us,

just like a star in the sky. =)

errrkkkk!!!

July 24th, 2006 by silverose

just accidently deleted all my blogs!!!

no fret…paste it all back again…tp sayang la..all the comments are gone..sum of it are gud though..

but wats done is done..

gatal sgt tgn nie…huhu.. =P